VueTube icon

Tunjukkan kredit Readme Logo oleh @afnzmn
Penyumbang-penyumbang Readme Bahasa Melayu: @AdamIskandarAI , @404-Program-not-found

Sebuah klien penstriman video FOSS ringkas bertujuan untuk mencipta semula SEMUA ciri daripada aplikasi masing-masing (dan banyak lagi)
Disebut View Tube (/ˈvjuːˌtjuːb/)

Baca ini dalam bahasa lain: **Read this page in other languages**: [English,](readme.md) [Español,](/readme/readme.es.md) [简体中文,](/readme/readme.zh-hans.md) [繁體中文,](/readme/readme.zh-hant.md) [日本語,](/readme/readme.ja.md) [עִברִית,](/readme/readme.he.md) [Nederlands,](/readme/readme.nl.md) [தமிழ்,](/readme/readme.ta.md) [Bahasa Melayu,](/readme/readme.ms.md) [Македонски,](/readme/readme.mk.md) [Français,](/readme/readme.fr.md) [Português Brasileiro,](/readme/readme.pt-br.md) [Bahasa Indonesia,](/readme/readme.id.md) [Polski,](/readme/readme.pl.md) [Български,](/readme/readme.bg.md) [Italiano,](/readme/readme.it.md) [Magyar,](/readme/readme.hu.md) [한국어,](/readme/readme.kr.md) [Tiếng Việt,](/readme/readme.vi.md) [Română,](/readme/readme.ro.md) [Українська](/readme/readme.ua.md), [Türkçe,](/readme/readme.tr.md/) [Русский](/readme/readme.ru.md)

Ciri-ciri

VueTube icon - 🎨 **Tema:** Cerah, Gelap, OLED, dan semua warna pelangi! Tetapkan warna aksen dan latar belakang mengikut pilihan anda. - 🖌️ **UI yang diboleh suaikan:** Sesuaikan butang, sudut dan nyahdayakan beberapa bahagian UI yang anda tidak gunakan untuk mendapat pengalaman optimum. - ⬆️ **Kemaskini Auto:** Anda akan dimaklumkan apabila kemas kini tersedia, muat turun melalui aplikasi dan kembali ke versi lama jika anda tidak menyukainya! - 👁️ **Perlindungan Penjejak:** Tiada telemetri (maklumat peribadi) dihantar daripada peranti anda secara lalai dan kami tidak menggunakan API luaran. Privasi adalah satu keperluan! - 📺 **Pemain video tersuai:** Pemain video yang diintegrasikan dalam aplikasi dengan semua yang anda perlukan untuk bergembira, seperti kelajuan 16x. - 🌍 **Terjemahan:** Aplikasi ini tersedia dalam lebih daripada 25 bahasa! Bahasa aplikasi ditentukan berdasarkan konfigurasi peranti anda. - 👎 **Return YouTube Dislike:** - Hidupkan semula _dislike counter_ (kiraan tidak suka) dalam video. [_Maklumat lanjut dalam Bahasa Inggeris_](https://returnyoutubedislike.com) - 💰 **SponsorBlock:** - Langkau penaja dan segmen yang menjengkelkan dalam video secara automatik. [_Maklumat lanjut dalam Bahasa Inggeris_](https://sponsor.ajay.app)

Pasang

VueTube icon Untuk memasang aplikasi VueTube, sila lawati www.vuetube.app/install
🖱️Klik di sini untuk menunjukkan semua versi

Android

| | | | | ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- | ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- | ----------------------------------------------------------------------------------------------- | | Agak tidak stabil, tetapi anda boleh mendapat akses awal kepada ciri-ciri baharu | Kurang pepijat daripada tidak stabil sementara mempunyai lebih banyak ciri daripada stabil | Belum tersedia lagi |

iOS

| | | | | --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- | ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ | ----------------------------------------------------------------------------------------------- | | Agak tidak stabil, tetapi anda boleh mendapat akses awal kepada ciri-ciri baharu | Kurang pepijat daripada tidak stabil sementara mempunyai lebih banyak ciri daripada stabil | Belum tersedia lagi | (Apple tidak menyokong _sideloading_, iaitu pemasangan aplikasi dengan hanya menggunakan fail tanpa ia dimuat naik ke Apple App Store. Ia adalah perlu untuk menggunakan kaedah lanjutan untuk memasang VueTube pada peranti iPhone / iPad)

Pelan

VueTube icon - 🔍 **Carian lanjutan:** Susun hasil mengikut tarikh, tempoh, suka atau apa-apa faktor lain. - 🗞️ **Sejarah tontonan tempatan:** Dapatkan semula video tontonan terakhir anda tanpa log masuk. - ✂️ **YouTube Shorts:** Video pendek yang berdurasi dari 15 hingga 60 saat. - 🧑 **Log masuk dengan akaun Google anda:** Log masuk untuk mendapatkan pengalaman penuh dengan mengundi dan komen pada video dan melanggan saluran. - 🖼️ **Mod gambar dalam gambar:** Membolehkan anda menonton video dalam tetingkap terapung apabila menggunakan aplikasi lain. [Maklumat lanjut](https://support.google.com/youtube/answer/7552722?co=GENIE.Platform=Android&hl=en#zippy=%2Cturn-on-picture-in-picture%2Cwho-can-use-picture-in-picture) (dalam Bahasa Inggeris) - 🧩 **Pemalam (Plugin):** Pasang pemalam pihak ketiga yang dibuat oleh komuniti dengan ciri-ciri yang berguna! - Dan lebih lagi! Anda boleh mencadangkan fungsi baru dengan membuka isu fungsi baru dalam repositori ini.

Tangkapan skrin

[Lihat ia pada laman sesawang kami](www.vuetube.app/info/screenshots) atau klik di bawah untuk menunjukkannya
🖱️Klik di sini untuk menunjukkan tangkapan skrin

Komuniti

Kami menggunakan beberapa platform yang berbeza untuk berhubung dengan komuniti kami. Anda boleh menyertai secara aktif dalam pembangunan VueTube atau mengikuti perkembangan terkini VueTube dengan menyertai kumpulan-kumpulan berikut: - Pelayan Discord (_Discord server_) (https://vuetube.app/discord) - Kumpulan Telegram (https://t.me/vuetube) - Halaman Reddit (subreddit) (https://www.reddit.com/r/vuetube)

Kemajuan

🖱️ Klik di sini untuk tunjukkan kemajuan
**Umum** | **Pemain** | [**Pengekstrak (Extractor)**](https://github.com/VueTubeApp/VueTube-Extractor) | :-: | :-: | :-: | 🟢 Komen (100%) | 🟢 Main / Jeda (100%) | 🟢 Autolengkap carian (100%) | 🟢 Huraian video (description) (100%) | 🟢 Ketik untuk tunjuk / sorok kawalan video (100%) | 🟢 Laman utama (100%) | 🟢 Laman Utama (100%) | 🟠 Seekbar / Scrubber (80%) | 🟢 Carian (100%) 🟢 Pengintegrasian RYD (100%) | 🟠 Skrin Penuh (80%) | 🟠 Maklumat Video (60%) | 🟢 Tema (100%) | 🟠 Pemilih Resolusi (720p, HD) (50%) | 🔴 Saluran (0%) | 🟢 Halaman Tonton (100%) | 🔴 Pemain Mini (0%) | 🔴 Komen (0%) | 🟠 Pengintegrasian SponsorBlock (95%) | 🔴 Main video di latar belakang (0%) | 🔴 Sembang Langsung (0%) | 🟠 Auto Kemaskini (50%) | 🔴 Picture in Picture (0%) | 🔴 Kandungan Trending (0%) 🟠 Halaman Saluran (50%) | 🔴 Kapsyen / Sarikata (0%) | 🔴 Interaksi (0%) | 🟠 Hantaran Komuniti (10%) | 🔴 Kad (0%) | 🔴 Senarai Main (0%) | 🟠 Shorts UI yang Dibolehsuai (10%) | | 🔴 Notifikasi (0%) 🟠 YT Music UI yang Dibolehsuai (10%) | | 🔴 Log masuk (0%) 🟠 UI yang Dibolehsuai (30%) | | | 🟠 Halaman Pustaka (10%) | | | 🟠 Balasan Komen (50%) | | | 🟠 Pemalam (Plugins) pihak ketiga (40%) | | | 🟠 Pemain VueTube (Lihat kemajuan di tengah) | | | 🟠 Pengekstrak (Extractor) VueTube (Lihat kemajuan di sebelah kanan) | | | 🔴 Sejarah Tontonan Setempat (0%) | | | 🔴 Halaman Langganan (0%) | | | 🔴 Sokongan Platform Lain (0%) | | |
### Teknologi yang digunakan ### Mengapa kami melakukan ini? VueTube dibuat dengan tujuan untuk menyediakan sebuah alternatif yang percuma, sumber terbuka dan merentas platform kepada **_Big Tech_**, dengan pilihan yang dibolehsuaikan dan log masuk tersedia. Projek ini telah berkembang dan menarik perhatian ribuan pengguna dan penyumbang dari seluruh dunia. Anda boleh sertai kami dan menyumbang kepada projek ini dalam apa-apa cara... ### Berminat untuk menyumbang? Terima kasih kerana berminat untuk menyumbang! Sila baca di laman sesawang kami untuk mengetahui bagaimana anda boleh melakukannya: [vuetube.app/contributing](https://www.vuetube.app/contributing) Sekiranya anda mahu menterjemahkan aplikasi ini, [klik di sini](/NUXT/plugins/languages) dan baca arahan. Jika GitHub itu sukar atau anda tidak selesa menggunakannya, anda boleh hantarkan medan yang diterjemahkan dalam satu fail teks pada [pelayan Discord](https://vuetube.app/discord) kami dan kami akan melaksanakannya. Jangan bimbang!

Penyumbang-penyumbang GitHub

Papan pemuka dibuat secara automatik dengan [contrib.rocks](https://contrib.rocks).

Penghargaan

- Emoji oleh pasukan [Twemoji](https://twemoji.twitter.com/), Dilesenkan di bawah [CC-BY 4.0](https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/) - Logo VueTube oleh [@afnzmn](https://github.com/afnzmn) - Data kiraan tidak suka YouTube awam disediakan oleh [Return YouTube Dislike](https://returnyoutubedislike.com) - Ajay & Komuniti kerana menyediakan [API SponsorBlock](https://sponsor.ajay.app), Dilesenkan di bawah [CC BY-NC-SA 4.0](https://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/4.0/)

Derma

VueTube adalah dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka, tetapi anda boleh menyokong pembangun kami dengan derma yang akan membantu untuk mengekalkan projek ini dan membangunkan ciri-ciri baru. Sebarang jenis pertolongan adalah sangat dialu-alukan! Berikut adalah pilihan menderma yang tersedia: [Derma di Ko-Fi.com](https://ko-fi.com/vuetube) (Rasmi) [Derma kepada PickleNik di GitHub](https://github.com/sponsors/PickleNik) (Penyelenggara)

Penafian

Projek VueTube dan kandungannya tidak bergabung dengan, dibiayai, diberi izin, disokong oleh, atau dalam apa jua cara dikaitkan dengan YouTube, Google LLC atau mana-mana sekutu dan anak syarikatnya. Laman web rasmi YouTube boleh didapati di [www.youtube.com](https://www.youtube.com). Sebarang tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan atau hak harta intelek lain yang digunakan dalam projek VueTube dimiliki oleh pemilik masing-masing.

Repo-repo VueTube yang lain

🖱️Klik untuk menunjukkan repositori
[![VueTube Extractor](https://github-readme-stats.vercel.app/api/pin/?username=VueTubeApp&repo=VueTube-Extractor)](https://github.com/VueTubeApp/VueTube-Extractor) **VueTube Extractor** ialah sejenis pustaka yang direka untuk mengekstrak data dari perkhidmatan penstriman, direka untuk digunakan dengan apl VueTube. [![VueTube Translator](https://github-readme-stats.vercel.app/api/pin/?username=VueTubeApp&repo=VueTube-Translator)](https://github.com/VueTubeApp/VueTube-Translator) **VueTube Translator** ialah sejenis alat untuk menterjemahkan medan fail GitHub seperti JSON atau JS dan mengeksport hasil dengan struktur yang betul. Ia dibuat untuk membantu penterjemah-penterjemah VueTube tetapi ia boleh digunakan untuk tujuan lain. [![VueTube HTTP](https://github-readme-stats.vercel.app/api/pin/?username=VueTubeApp&repo=vuetube-http)](https://github.com/VueTubeApp/vuetube-http) **VueTube HTTP** ialah sejenis pemalam (_plugin_) untuk permintaan HTTP _native_, muat naik/turun fail, dan pengurusan kuki. Ia adalah sejenis _fork_ daripada [projek HTTP asal](https://github.com/capacitor-community/http) daripada Capacitor Community dengan sedikit penambahan daripada kumpulan VueTube.

VueTube, membuat semua orang gembira dan menginspirasikan hati mereka sejak 2022.